IPOH, 14 MAC: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini semalam, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.
KOTA KINABALU, 9 MAC: Mewajibkan pemeriksaan kesihatan sebelum mendaki Gunung Kinabalu antara langkah terbaik dalam memastikan keselamatan setiap pendaki, terutamanya dalam kalangan warga emas.
SARIKEI, 1 MAC: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
PUTRAJAYA, 25 FEB: Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 menggunakan aplikasi Facebook miliknya.
SHAH ALAM, 24 FEB: Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.
IPOH, 21 FEB: Lelaki berusia 78 tahun ditemukan meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Batu 14 Kampung Dato' Rosli, dekat Trong pagi tadi.
SEREMBAN, 14 FEB: Warga emas dijatuhkan hukuman penjara dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual dan mengugut melakukan aktiviti sosial terhadap anak saudaranya, awal bulan ini.
KUALA LUMPUR, 10 FEB: Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta dipandunya terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri di sini, petang semalam.
PUTRAJAYA, 10 FEB: Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari ini.
KULIM, 9 FEB: Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Februari ini.
MIRI, 29 JAN: Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Fatimah Dawi, 71, ditemukan pada 6.06 petang oleh petugas penyelamat, kata Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu.
JOHOR BAHRU, 18 JAN: Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan, kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh.
BUKIT MERTAJAM, 14 JAN: Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 157.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini, awal pagi tadi membawa rombongan 24 warga emas wanita termasuk empat beradik yang turut cedera dalam insiden tersebut.
KUALA TERENGGANU, 13 JAN: Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman dekat sini hari ini.
KUALA BERANG, 30 DIS: Seorang warga emas terpaksa meredah air sejauh 300 meter sambil mendukung cucunya bagi menyelamatkan diri selepas kediamannya dilanda banjir, pagi tadi.
BATU PAHAT, 22 DIS: Peniaga menanggung kerugian hampir RM1 juta gara-gara terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan tinggi.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
KUALA LUMPUR, 10 DIS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang meneliti kesesuaian untuk mewujudkan undang-undang yang menjamin kebajikan dan perlindungan warga emas.
SHAH ALAM, 27 NOV: Seramai 6,991 penduduk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring sepanjang tahun ini, kata exco kesihatan awam.
TELUK INTAN, 25 NOV: Belum terdapat sebarang ketetapan berhubung warga emas berusia 65 tahun ke atas perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan sebelum memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.